Cadangan Jadual Perjalanan - Hari 3
 
 

Hari Penerokaan!

Pagi

Terokai tarikan di bahagian barat Singapura.  Naik kereta api ke Stesen MRT Boon Lay (EW27) dan Bas No. 194/251 ke Taman Burung Jurong kami yang terkenal di seluruh dunia di mana anda akan alami dunia burung-burung yang paling mengagumkan dan simulasi habitat semula jadinya.  Di Lory Loft, Lau Burung Lory yang terbesar di dunia, yang berlatar belakang Pedalaman Australia dan mempunyai pandangan tinggi 360 darjah.  Alami bagaimana manusia dan alam semula jadi saling wujud di dalam sistem eko Hutan Paya Afrika.  Nikmati dunia Jungle Jewels (Permata Hutan) burung Hornbill, Parrot Paradise (Syurga Burung Kakak Tua), Penguin Expedition (Expedisi Burung Penguin) yang berlatar belakang batu dan tebing serta Dunia Gelap Burung Hantu kami.

Akhir sekali jangan ketinggalan The Waterfall Aviary (Lau Burung Air Terjun), kediaman kepada 1500 burung-burung berterbangan yang berasal dari Asia dan Amerika Selatan.

Tengah Hari

Naik kereta api ke Habourfront (Stesen MRT Boon Lay (EW27) ke Stesen MRT Outram Park (EW16) dan tukar kereta api (NE3) ke Stesen MRT HarbourFront (NE1).  Makan tengah hari dan berbelanja di Vivocity, salah satu daripada pusat membeli belah yang terbesar di Singapura, yang padat dengan keperluan gaya hidup terkini, tren fesyen dan pusat Makanan & Minuman (F&B) dari seluruh dunia.   VivoCity juga menempatkan cineplex yang terbesar di Singapura.

Naik Sentosa Ekspres* dari VivoCity ke Sentosa.  Dan terus tuju ke Stesen Imbiah.  Temui beribu-ribu rama-rama dan serangga di Butterfly Park (Taman Rama-rama) dan Insect Kingdom (Dunia Serangga).  Saksikan keajaiban tayangan gambar di Sentosa 4D Magix dengan kesan visual dan bunyi yang menakjubkan.  Jangan ketinggalan untuk menaiki Sky Tower (Menara Udara), menara pemerhatian yang tertinggi di Singapura.  Pelajari warisan melalui pameran Imej-imej Singapura untuk menghayati sejarah kami yang kaya.  Nikmati pelbagai jenis tunggangan di Sentosa Luge, Skyride dan Sentosa CineBlast.  Akhir sekali, kunjungi The Merlion yang menawarkan pemandangan menarik Sentosa dan pulau-pulau di sekelilingnya dari tempat meninjau dua tingkat.

Jangan ketinggalan Underwater World, akuarium laut tropika yang terbesar di Asia, dan pelajari lebih lanjut mengenai makhluk-makhluk laut.  Alami saat-saat istimewa dan dekati ikan lumba-lumba merah jambu di Dolphin Lagoon (Lagun Ikan Lumba-Lumba) selepas anda menyaksikan pertunjukan mereka.

*  Tiket berasingan perlu dibeli untuk Ekspres Sentosa.

Petang

Jalan sepanjang Pantai Siloso atau Palawan dan nikmati pasir, laut dan matahari terbenam.  Beberapa pub dan restoran membarisi pantai-pantai tersebut.  Pilih untuk makan malam di Café del Mar atau nikmati minuman di Sunset Bay.

Malam
Lengkapi hari anda di Sentosa dengan menyaksikan – Lagu-lagu Samudera – pertunjukan yang mengagumkan dengan muzik yang mengasyikkan dan kesan visual yang dramatik menggunakan bunga apai, laser, pancutan air dan api serta imej komputer.

Tuju ke tanah besar Singapura melalui Ekspres Sentosa *.  Kemudian, singgah di St James Power Station (bersebelahan Vivocity).  Berpesta sepanjang malam di St James Power Station di 10 kelab dan cawangan Makanan dan Minuman mereka, anda boleh berpesta sepanjang malam dengan mendengar 40 lagu paling popular, lagu pop Kantonis, ‘breakbeat’, muzik sejagat, jazz, pertunjukan kugiran secara langsung dan R&B.
 Peta Sistem LRT dan MRT  Peta Perkhidmatan Bas Utama
  • Untuk maklumat mengenai tarikan Pelancongan, hubungan Talian Pelancong 1800 736 2000 (bebas tol di Singapura sahaja)

  • Untuk maklumat mengenai promosi penjual, hubungi 6223 2282 atau e-mel:
    info@thesingaporetouristpass.com

* Imej-imej ihsan Lembaga Pelancongan Singapura
 
*Terma Utama Penggunaan HomeTop
home