Cadangan Jadual Perjalanan - Hari 2
 
 

Festival Warisan!

Pagi

Naik kereta api ke Chinatown dan nikmati sarapan dim sum di mana-mana kedai dim sum yang terletak sepanjang Temple Street, Smith Street dan Trengganu Street di Chinatown.  Jika ingin mencuba lebih banyak lagi, cuba bufet dim sum di Yum Cha yang terletak di 20 Trengganu Street (Stesen MRT Chinatown, NE4).

Satu contoh warisan berbilang bangsa dan berbilang agama yang berkembang secara harmoni di Singapura boleh ditemui dengan mengunjungi pelbagai tempat beribadah, dalam kawasan Chinatown.  Semasa berada di sana, pastikan untuk melawat Kuil Thian Hock Keng, Kuil Peninggalan Gigi Buddha, Kuil Sri Mariamman dan Masjid Jamae Chulia.  Pusat Warisan Chinatown mesti dikunjungi oleh peminat sejarah kerana ia mempamerkan sejarah pendatang awal Cina yang menetap di Singapura.

Untuk satu pengalaman berbelanja yang unik di mana hampir segala-galanya boleh ditemui di bawah satu bumbung, pergilah ke Mustafa Centre (Stesen MRT Farrer Park, NE8), satu-satunya pusat membeli belah 24 jam di Singapura dengan tawaran murah, daripada produk elektronik dan perkakas dapur kepada keperluan harian dan pakaian.  Jalan sepanjang Serangoon Road dan alami pemandangan yang sibuk, bunyi yang riuh dan aroma yang menarik di Little India di mana anda boleh membeli kraf tangan, kalungan bunga melur, sari sutera yang berwarna-warni, barang kemas India atau biarkan burung bayan menilik nasib anda.  Semasa berada di sana, ingat untuk mencuba makanan India asli di restoran vegetarian tertua di Singapura,  Ananda Bhavan at 58 Serangoon Road.  Jangan lupa untuk mencuba manisan India yang banyak dijual di kedai-kedai di sana.  Jangan tinggalkan Little India tanpa menginai anggota anda sebagai cenderahati (Stesen MRT Little India, NE7)

Tengah Hari

Selepas makan tengah hari, naik bas dari Tekka Mall sepanjang Sungai Road ke Ophir Road (Bas No. 48) dan kunjungi Pusat Warisan Melayu di Kampung Glam yang mempamerkan sejarah dan budaya masyarakat Melayu Singapura.  Langkah masuk ke Masjid Sultan, dengan kubah emas dan dewan solat yang besar, untuk menghayati satu lagi budaya.  Jalan ke Bussorah Street dan Arab Street, di mana kedai-kedai yang dipelihara dengan indah menjual pakaian-pakaian tradisional, fabrik, permaidani, bakul anyaman, kraf tangan, perabot dan barang kemas.

Petang

Tuju ke kawasan Katong untuk menikmati keindahan budaya Peranakan, yang terletak sepanjang simpang East Coast Road dan Joo Chiat Road (Bas No. 48 dari Ophir Road, tukar kepada Bas No. 14 di Mountbatten Road) anda akan menemui gabungan kedai-dan-budaya yang mempamerkan pelbagai budaya dan masakan Peranakan yang merupakan campuran budaya Cina dan Melayu.  Untuk minum petang , mengapa tidak mencuba salah satu daripada sajian tempatan kegemaran Singapura – Katong Laksa, dengan 4 gerai di jalan yang sama.  Atau jika anda inginkan sesuatu yang manis, cuba pelbagai jenis kuih Peranakan yang dijual di pelbagai kedai di kawasan tersebut. 

Malam

Untuk merasai aktiviti malam Singapura yang bertenaga, naik Bas No. 32 dari Katong ke Clarke Quay, yang memaparkan tempat hiburan malam yang popular dengan restoran-restoran khas, bar dan kelab bertema sepanjang Sungai Singapura.  Rasai ikon “koktel negara Singapura” yang dikenali di seluruh dunia iaitu Singapore Sling di True Heritage Brew Singapore Sling Boutique (#01-05, Clarke Quay) dan dapatkan botol kecil Singapore Sling yang terkenal sebagai cenderahati yang unik.

Lapar?  Singgah di King Sate (#01-06) untuk sate Singapura yang terkenal, daging yang dipanggang atas arang atau masakan Asia lain yang lazat.  Atau melintas ke Riverside Point, 30 Merchant Road Chen Fu Ji Sing’s Sensation (#02-30/31) bagi jenama Nasi Goreng legenda Chan Sisters – Hirisan Telur dan isi Daging Ketam segar.

Nikmati pemandangan malam Sungai Singapura dengan menaiki Teksi air atau mencabar keberanian anda dengan mencuba terjunan bungee terbalik di G-Max.  Berpesta di Ministry of Sound yang terkemuka atau menikmati minuman di bar-bar sepanjang Cannery, mengikut rentak malam hari anda.  (Naik bas no. 7, 16 atau 106 dari Holland Road ke Stesen MRT Orchard, NS22 ke stesen MRT Dhoby Ghaut, NS24 dan tukar kereta api ke NE6 untuk ke stesen MRT Clarke Quay, NE5.

*1) Dari pertengahan Januari hingga pertengahan Februari – perayaan Tahun Baru Cina Chinatown 
dan penyalaan lampu jalan.
*2) Februari – River HongBao di Esplanade Park.


 Peta Sistem LRT dan MRT  Peta Perkhidmatan Bas Utama
  • *Untuk maklumat mengenai tarikan-tarikan Pelancong, hubungi Talian Pelancong 1800 736 2000 (bebas tol di Singapura sahaja).

  • *Untuk maklumat mengenai promosi penjual, hubungi 6223 2282 atau e-mel:
     
    info@thesingaporetouristpass.com

* imej ihsan Lembaga Pelancongan Singapura
 
*Terma Utama Penggunaan HomeTop
home