Rasai nadi dan kehebatan bandar ini dengan menaiki kereta api MRT pada pagi hari untuk ke Raffles Place
(Stesen MRT Raffles Place, EW14/NS26) di tengah-tengah kawasan
kewangan. Jelajah Kawasan Sivik Singapura, berjalan sepanjang Sungai Singapura,
yang satu ketika dahulu merupakan sebuah pelabuhan perdagangan yang
sibuk dan maju dalam tahun 1800an dan awal 1900an dan lihat sendiri
keagungan seni bina penjajah British pada Muzium
Tamadun Asia, Dewan Konsert dan Panggung Victoria, The Arts House di
Bangunan Parlimen Lama, Mahkamah Agung Lama dan Hotel Fullerton bersebelahan pencakar langit moden dan kontemporari Kawasan Kewangan Singapura.
Lintas ke One Fullerton
untuk menyaksikan awan larat Singapura dengan pembangunan terkini
mengelilingi Marina Bay. Semasa berada di sana, pastikan untuk
mengambil gambar Merlion, makhluk mistik yang menjadi ikon dan juga
lambang sejarah Singapura sebagai sebuah ‘kota singa’
dengan permulaannya daripada sebuah kampung nelayan. Jalan
sepanjang Esplanade untuk ke The Esplanade
– Theatres on the Bay yang merupakan pusat Seni Pentas yang
terbesar di Singapura yang telah menjadi tuan rumah kepada
pertunjukan-pertunjukan tempatan dan antarabangsa.
|