Terma Utama Penggunaan 
 
 

Pas yang dijual dengan deposit sewa kad:

  • Tempoh sah pas perjalanan bermula dari masa anda membeli dan mengambil Pas Pelancong Singapura dari kaunter/agen jualan yang dibenarkan di Singapura.

  • Apabila membeli pas tersebut, deposit sewa sebanyak  S$10 akan diminta bagi penggunaan kad tersebut.
  • Apabila tempoh pas tersebut tamat, anda boleh membeli pas lain, sekaligus melanjutkan tempoh sewa kad tersebut kepada 5 hari lagi.

  • Deposit sewa akan dikembalikan sepenuhnya apabila kad dipulangkan ke mana-mana kaunter jualan yang dibenarkan di Singapura, dalam masa lima (5) hari dari tarikh ia dikeluarkan.

  • Jika anda ingin menyimpan kad ini lebih dari tempoh sewa 5 hari sebagai cenderahati:

    • Anda akan kehilangan deposit sewa kad sebanyak S$10
    • Anda boleh terus menggunakan kad tersebut sebagai kad ez-link biasa dengan menokok kad tersebut secara tunai di mana-mana mesin tokokan atau Pejabat Tiket TransitLink dan Kaunter Perkhidmatan Penumpang yang terletak dalam stesen MRT.

  • Sila pastikan anda membeli pas perjalanan mengikut bilangan hari perjalanan anda yang diperlukan.  Tiada pengembalian wang atau pengembalian sebahagian daripadanya jika ia dipulangkan sebelum tempoh tamat pas tersebut.

Pad yang dijual TANPA deposit sewa kad:

  • Pas yang dijual tanpa deposit sewa kad merujuk kepada pas perjalanan yang dibeli dalam talian dan dihantar ke luar negara atau melalui saluran jualan di luar Singapura.

  • Pas perjalanan boleh diaktifkan dalam masa satu (1) tahun dari tarikh pembelian.

  • Kad tersebut boleh digunakan sebagai kad ez-link biasa dengan menokok kad tersebut secara tunai di mana-mana mesin tokokan atau Pejabat Tiket TransitLink dan Kaunter Perkhidmatan Penumpang yang terletak dalam stesen MRT.

  • Walau bagaimanapun, sekiranya anda inginkan pengembalian wang anda yang dikodkan pada kad tersebut, kad anda akan disimpan.  Anda dinasihatkan supaya menggunakan baki nilai tersebut.

Pas turut disediakan dengan tawaran-tawaran penjual yang eksklusif. Tawaran penjual yang eksklusif disediakan oleh penjual masing-masing, dan EZ-Link tidak akan memikul liabiliti atau tanggungjawab bagi sebarang tawaran yang disediakan.

Sila ambil perhatian bahawa pas ini hanya bagi penggunaan khidmat kereta api MRT, LRT dan bas asas.   Ia tidak boleh digunakan bagi perjalanan menggunakan perkhidmatan bas premium seperti Express, Fast Forward, Night Owl, Night Rider dan Chinatown Direct Service.  Anda boleh melihat terma dan syarat lengkap penggunaan kad ini dan Pas Pelancong Singapura di mana-mana kaunter jualan yang dibenarkan.

 
*Terma Utama Penggunaan HomeTop
home