FAQ
 
 
Q1) Apa itu Pas Pelancong Singapura?
Q2) Bagaimana rupa Pas tersebut?
Q3) Siapakah yang layak untuk membeli Pas Pelancong Singapura?  Bagaimanakah saya boleh membeli Pas Pelancong Singapura?
Q4) Berapakah kos Pas Pelancong Singapura?
Q5) Di manakah saya boleh membeli Pas Pelancong Singapura?
Q6) Bolehkah seorang pelancong membeli lebih daripada satu STP dengan menggunakan satu kad ketibaan?
Q7) Apa yang akan berlaku apabila Pas saya tamat?
Q8) Apa yang akan berlaku sekiranya saya menepuk Pas yang sudah luput secara tidak sengaja pada mesin pembaca bas atau kereta api?
Q9) Apakah perbezaan antara Pas Pelancong Singapura dan kad ez-link (kad biasa yang digunakan untuk membayar tambang)?
Q10) Beraba banyak yang dapat dijimatkan jika saya menggunakan Pas Pelancong Singapura?
Q11) Bagaimanakah saya menggunakan pas saya apabila menaiki bas?
Q12) Bagaimanakah saya menggunakan pas tersebut semasa menaiki kereta api?
Q13) Apakah tempoh pas tersebut?  Adakah ia berdasarkan 24 jam sejari?
Q14) Apakah waktu operasi bagi perkhidmatan bas dan kereta api MRT?
Q15) Adakah terdapat sebarang nilai pada kad saya bagi pembelian di kedai-kedai?
Q16) Di mana lagi saya boleh gunakan Pas Pelancong Singapura?
Q17) Bagaimanakah saya boleh diyakini bahawa jika saya mengekodkan wang ke dalam kad saya semasa pas saya masih sah, mesin pembaca bas atau kereta api tidak akan memotong sebarang wang daripada kad saya setiap kali saya tunjukkan pas tersebut di mesin pembaca?
Q18) Bolehkah saya menyimpan kad tersebut?
Q19) Di manakah saya boleh memulangkan kad tersebut bagi pengembalian wang deposit penyewaan kad?
Q20) Mestikah saya kembalikan kad di tempat yang sama saya mengambilnya?
Q21) Bagaimana jika saya tidak memulangkan kad pada waktunya?
Q22) Adakah terdapat sebarang pakej untuk keluarga?
Q23) Adakah terdapat kadar konsesi bagi kanak-kanak atau warga emas?
Q24) Adakah terdapat nombor yang boleh saya hubungi sekiranya saya memerlukan arah?
Q25) Bolehkah saya menyimpan dan menggunakannya apabila saya datang semula ke Singapura?
Q26) Adakah terdapat satu nombor yang boleh saya hubungi sekiranya saya memerlukan maklumat lanjut mengenai tarikan-tarikan pelancong – waktu operasi, yuran masuk, dsb.?
Q27) Siapakah yang boleh saya hubungi sekiranya saya mempunyai masalah atau maklum balas berhubung dengan Pas tersebut? 
Q1) Apa itu Pas Pelancong Singapura?
A1)

Pas Pelancong Singapura adalah satu-satunya pas yang menawarkan perjalanan tanpa had kepada pelancong yang menggunakan sistem pengangkutan awam, yang termasuk MRT, LRT dan perkhidmatan bas asas.  Ini tidak termasuk perkhidmatan bas Express, Fast Forward, Night Rider, Night Owl, Chinatown Direct, dan perkhidmatan bas khas dan premium lain.  Pas tersebut juga disertakan dengan tawaran penjual eksklusif yang dipakej khas untuk pelancong yang membelinya.

Pas tersebut adalah produk EZ-Link Pte Ltd dan dimajukan dengan sokongan Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).  Pas tersebut juga dikeluarkan bersama Panduan Pengangkutan Awam yang mempunyai maklumat mengenai cara untuk menerokai Singapura dengan menggunakan pengangkutan awam.

Q2) Bagaimana rupa Pas tersebut?
A2)

Terdapat dua reka bentuk: pemandangan waktu siang atau malam Pusat Perniagaan Singapura.  Warna asas pas tersebut ialah merah dan ia bersaiz sebuah kad kredit.  Satu contoh reka bentuk hadapan kedua-dua kad ditunjukkan pada Rajah 1 di bawah ini.

Pas Pelancong Singapura dengan pemandangan waktu siang CBD Singapurapemandangan waktu malam CBD
Rajah 1: Pas Pelancong Singapura dengan pemandangan waktu siang CBD Singapura (kiri); pemandangan waktu malam CBD (kanan)

Q3) Siapakah yang layak untuk membeli Pas Pelancong Singapura?  Bagaimanakah saya boleh membeli Pas Pelancong Singapura?
A3) Semua pelancong yang melawat Singapura boleh membeli Pas Pelancong Singapura.  Mereka hanya perlu menunjukkan Kad Pendaratan Putih dan pasport mereka.

Penduduk tempatan yang ingin membeli STP dialu-alukan untuk berbuat demikian.
Q4) Berapakah kos Pas Pelancong Singapura?
A4) Pas Pelancong Singapura disediakan pada harga pengenalan sebanyak S$8 sehari dan mempunyai 3 pilihan pas iaitu pas 1 Hari, 2 Hari atau 3 Hari.

Pas yang dibeli atau dikeluarkan di Singapura, di kaunter-kaunter jualan yang sah disediakan dengan deposit sebanyak S$10 yang akan dikembalikan selagi kad tersebut dipulangkan dalam masa 5 hari dari tarikh ia dikeluarkan.

Mulai Mac 2008, pas boleh dibeli secara dalam talian untuk penghantaran ke luar negara.  Pas yang dijual atau dihantar ke luar negara akan dijual pada harga pengenalan sebanyak S$18 untuk pas 1 Hari, S$26 untuk pas 2 Hari atau S$34 untuk pas 3 Hari.  Penyewaan kad tidak mungkin dilakukan bagi kad yang dijual atau dikeluarkan di luar negara.

Harga yang disebutkan untuk kad yang dijual atau dikeluarkan di luar negara tidak termasuk bayaran penghantaran.

Penduduk tempatan yang ingin membeli STP dialu-alukan untuk berbuat demikian.
Q5) Di manakah saya boleh membeli Pas Pelancong Singapura?
A5)

Sebagai permulaan, dari 12hb Disember 2007, Pas akan mula dijual di Pejabat Tiket TransitLink yang ditetapkan di Stesen-stesen MRT berikut:

Pejabat Tiket Operational Hours
Changi Airport* 12:00 pm - 03.45 pm
& 04.45pm - 07.30 pm Setiap hari
Orchard 10:00 am - 09:00 pm Setiap hari
Chinatown* 12:00 pm - 03:45 pm
& 04:45pm - 07:00 pm Setiap hari
City Hall 09:00 am - 03:45pm
& 04:45 pm - 07:30 pm Setiap hari
Raffles Place 08:00 am - 09:00 pm pada hari Biasa.
08:00 am - 05:00 pm pada Sabtu.
Tutup pada hari Ahad dan Cuti Umum. 
Ang Mo Kio 08:00 am - 09:00pm pada hari Biasa dan Sabtu.
09:00 am - 09:00 pm pada Hari Ahad dan Cuti Umum.
HarbourFront* 12:00 pm - 03:45 pm
& 04:45 pm - 07:30 pm Setiap hari
Bugis 10:00 am - 09:00 pm Setiap hari

 

Orchard 0930-2045 jam Setiap Hari
Changi Airport Terminal 1, 2 & 3 1130-2300 jam Setiap Hari


Mulai Mac 2008, pelancong mempunyai pilihan untuk membelinya secara dalam talian di www.thesingaporetouristpass.com dan ia akan dihantar kepada mereka.

Q6) Bolehkah seorang pelancong membeli lebih daripada satu STP dengan menggunakan satu kad ketibaan?
A6)

Setiap pelancong hanya berhak membeli satu STP pada satu-satu masa.  Mereka hanya boleh membeli satu lagi pas apabila pas terdahulu mereka sudah tamat.

Q7) Apa yang akan berlaku apabila Pas saya tamat?
A7)

Anda boleh memilih untuk:

  • Membeli pas lain, kerana kad tersebut akan bertukar semula menjadi kad dewasa ez-link biasa apabila tamat atau,
  • Menokok kad tersebut secara tunai di Pejabat Tiket TransitLink atau Kaunter Perkhidmatan Penumpang di stesen-stesen MRT dan menggunakan kad tersebut seperti kad ez-link yang biasa untuk membayar tambang bas dan kereta api atau membuat pembelian di cawangan-cawangan McDonalds, 7-Eleven dan mesin-mesin layan diri F&N Coca Cola yang terletak di seluruh Singapura.

Pas tersebut juga boleh ditokok secara tunai di semua Mesin Tiket Umum atau cawangan 7-Eleven.  Sila ambil perhatian bahawa tokokan di 7-Eleven akan dikenakan bayaran sebanyak S$0.30 bagi setiap tokokan.

Q8) Apa yang akan berlaku sekiranya saya menepuk Pas yang sudah luput secara tidak sengaja pada mesin pembaca bas atau kereta api?
A8) Jika anda menepuk pas yang sudah luput pada mesin pembaca bas atau kereta api, anda akan mendengar bunyi beep berulang kali.  Lampu merah akan menyala dan perkataan ‘Insufficient Funds’ (Wang Tidak Mencukupi) akan dipaparkan di skrin LCD untuk memberi amaran kepada anda bahawa anda belum membayar tambang tersebut.  Jika anda berada di dalam bas, sila bayar tambang secara tunai.  Jika anda berada di stesen kereta api, sila pergi ke Pusat Perkhdimatan Penumpang untuk menokok kad tersebut secara tunai.

Sila ambil perhatian bahawa adalah satu kesalahan untuk mengelak daripada membayar tambang pengangkutan awam di Singapura.  Kakitangan pengendali pengangkutan awam dibenarkan untuk menyimpan kad tersebut sekiranya mereka mempercayai seseorang itu menggunakan kad secara menipu untuk mengelakkan daripada membayar tambang yang sepatutnya.
Q9) Apakah perbezaan antara Pas Pelancong Singapura dan kad ez-link (kad biasa yang digunakan untuk membayar tambang)?

A9)

Pas Pelancong Singapura     Kad ez-link
Pas Pelancong Singapura menawarkan faedah perjalanan tanpa had menggunakan kereta api MRT dan LRT serta perkhidmatan bas asas kepada pelancong bagi tempoh sah pas tersebut.     Apabila anda menggunakan kad ez-link, anda membayar tambang tepat bagi setiap penggunaan sistem pengangkutan awam.
Pas Pelancong Singapura berharga S$8 sehari.  (S$8 untuk pas 1 Hari, S$16 untuk pas 2 Hari dan S$24 untuk pas 3 Hari). Pas yang dijual perlu dikodkan menjadi kad bijak yang serupa dengan kad ez-link.     Kad ez-link berharga S$15, yang mana S$5 adalah untuk kos kad – bahagian ini tidak akan dikembalikan – S$3 adalah untuk deposit perjalanan dan S$7 adalah nilai yang tersimpan. 
Oleh sebab pelancong biasanya berada di Singapura untuk beberapa hari, kami telah mengadakan skim ‘sewa kad’ daripada memerlukan mereka membeli kad ez-link.

Oleh itu pas yang dikeluarkan di Singapura disertakan deposit sewa sebanyak S$10 yang akan dikembalikan sepenuhnya jika kad tersebut dikembalikan dalam masa 5 hari dari tarikh ia dikeluarkan.

Pas yang dijual atau dikeluarkan di luar negara akan berharga S$18 untuk pas 1-Hari, S$26 untuk pas 2-Hari atau S$34 untuk pas 3 Hari.  Kad yang dijual atau dikeluarkan di luar negara tidak boleh disewa.
    Warga dan penduduk Singapura yang menggunakan pengangkutan awam dalam rutin harian mereka secara tetap biasanya akan memiliki kad ez-link mereka sendiri.
Pas Pelancong Singapura disertakan dengan ciri tambahan tawaran penjual.     Kad ez-link tidak disertakan dengan tawaran-tawaran penjual.
Anda boleh menggunakan Pas Pelancong Singapura seperti kad ez-link biasa dengan mengekodkan nilai di dalam kad tersebut bagi bayaran tambang kereta api dan bas selepas pas tersebut tamat dan bagi bayaran di kedai-kedai yang menerima bayaran ez-link seperti McDonalds, 7-Eleven dan mesin layan diri F&N Coca-Cola tertentu.
Pas Pelancong Singapura dan kad ez-link akan disimpan setelah wang dikembalikan.  Jika anda ingin menyimpan Pas Pelancong Singapura sebagai cenderahati, deposit kad anda dan sebarang nilai yang tersimpan di dalamnya tidak akan dipulangkan.  Sebagai alternatif, anda boleh mengurangkan nilai yang tersimpan pada kad tersebut.
Q10) Beraba banyak yang dapat dijimatkan jika saya menggunakan Pas Pelancong Singapura?
A10)

Ini bergantung pada tujuan rancangan perjalanan anda di Singapura.  Tambang MRT bermula dari S$0.66 hingga S$3.04 sementara tambang bas bermula dari S$0.67 hingga S$1.58 bagi perjalanan sehala apabila membayar menggunakan kad ez-link.

Q11) Bagaimanakah saya menggunakan pas saya apabila menaiki bas?
A11) J110 Langkah 1
Apabila anda memasuki pintu hadapan penumpang bas, tepuk pas anda pada mesin pembaca yang berada di hadapan anda.  Lampu berwarna hijau yang diiringi dengan bunyi beep akan kedengaran bagi menandakan proses membaca kad berjaya dilakukan..

Langkah 2
Apabila anda tiba di destinasi anda, sebelum turun dari bas, tepuk pas anda pada mesin pembaca sebelum anda turun untuk melengkapkan proses menulis kad tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa adalah penting untuk anda melakukan dua langkah mudah di atas bagi memastikan bahawa tambang bas atau kereta api anda diiktiraf mengikut bayarannya.
Q12) Bagaimanakah saya menggunakan pas tersebut semasa menaiki kereta api?
A12)

Apabila memasuki dan keluar dari stesen kereta api, anda hanya perlu menepuk kad tersebut di pintu pagar mesin pembaca.  Selagi pas tersebut sah digunakan, pintu pagar akan terbuka dan lampu hijau di mesin pembaca akan menyala menandakan bahawa pas tersebut masih sah dan tambang telah pun dibayar.

Q13) Apakah tempoh pas tersebut?  Adakah ia berdasarkan 24 jam sejari?
A13) Untuk pas yang dijual di Singapura (dari 12 Disember 2007)

Tempoh sah pas bermula dari masa pas tersebut dikeluarkan kepada anda.  Pas akan kekal sah untuk digunakan bagi tempoh bilangan hari yang dibeli (misalnya pas 1 Hari, 2 Hari atau 3 Hari), sehingga tamat waktu operasi bagi MRT, LRT dan perkhidmatan bas awam pada hari terakhir.

Ini bermakna bahawa tempoh sah pas tersebut ditambat kepada waktu operasi kereta api MRT dan LRT serta perkhidmatan bas awam, dan bukan pada waktu 24jam hari kalendar biasa.  Misalnya jika seorang pelancong membeli pas 1 hari pada jam 1700 (5 petang), pas tersebut hanya baik untuk digunakan sehingga tamat hari operasi bagi perkhidmatan bas asas dan kereta api yang biasanya adalah pada jam 0030 (12.30 pagi) atau waktu awal pagi hari kalendar yang berikutnya.

Oleh itu, pada hari terakhir, kad tersebut akan tamat apabila pengendali pengangkutan awam ini telah menamatkan operasinya.  Jika pas anda sudah hampir tamat, anda boleh merujuk kepada S5 untuk melihat pilihan-pilihan yang ada kepada anda sekiranya anda ingin melanjutkan penginapan anda di Singapura.

Sebagai saranan kepada pelancong, kami menasihati supaya anda menghabiskan sedikit masa untuk merancang perjalanan anda dan membeli pas dengan tempoh yang paling sesuai dengan jadual perjalanan anda.

Untuk pas yang dijual atau dihantar ke luar negara (Mulai Mac 2008)

Pas masih baik untuk digunakan dalam masa 1 tahun.  Tempoh bila kad tersebut boleh digunakan akan bermula dari tepukan pertama pada mesin pembaca pintu pagar tambang MRT dan LRT atau mesin pembaca perkhidmatan bas awam di Singapura dan akan kekal sah untuk digunakan bagi tempoh pas tersebut dibeli, sehingga tamat hari operasi perkhidmatan bas awam dan kereta api.
Q14) Apakah waktu operasi bagi perkhidmatan bas dan kereta api MRT?
A14)

Perkhidmatan bas awam bermula dari jam 5.00 pagi hingga 12:00 tengah malam sementara kereta api MRT dan LRT bermula dari 5:30 pagi hingga 12:30 pagi.

Q15) Adakah terdapat sebarang nilai pada kad saya bagi pembelian di kedai-kedai?
A15)

Apabila anda mula membeli pas tersebut, ia tidak disertakan dengan sebarang nilai wang yang dikodkan ke dalamnya.  Sekiranya anda ingin menggunakannya bagi pembelian di McDonalds, 7-Eleven atau mesin layan diri F&N Coca Cola tertentu yang menerima bayaran kad ez-link, anda perlu mengekodkan wang ke dalam kad tersebut.

Untuk mengekodkan wang ke dalam kad tersebut, sila pergi ke mana-mana Pejabat Tiket TransitLink, atau Pusat Perkhidmatan Penumpang yang terletak di mana-mana stesen MRT.  STP juga boleh ditokok secara tunai di semua Mesin Tiket Umum (GTM) atau cawangan 7-Eleven.  Sila ambil perhatian bahawa tokokan di 7-Eleven dikenakan bayaran sebanyak S$0.30 bagi setiap tokokan.

Q16) Di mana lagi saya boleh gunakan Pas Pelancong Singapura?
A16)

Selain menikmati penggunaan tanpa had kereta api MRT dan LRT serta perkhidmatan bas asas, anda juga boleh gunakan pas tersebut untuk menuntut tawaran-tawaran di kedai-kedai yang terpilih.   Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk menunjukkan pas anda dan menyerahkan kupon-kupon tertentu di dalam Pek Selamat Datang untuk menuntut hak istimewa anda.

Q17) Bagaimanakah saya boleh diyakini bahawa jika saya mengekodkan wang ke dalam kad saya semasa pas saya masih sah, mesin pembaca bas atau kereta api tidak akan memotong sebarang wang daripada kad saya setiap kali saya tunjukkan pas tersebut di mesin pembaca?
A17) Cara sistem tersebut dipasang adalah bagi mesin pembaca mengesan pas terlebih dahulu sebelum ia memotong sebarang wang dari kad anda.  Jika pas tersebut masih sah, tiada wang yang akan dipotong bagi penggunaan tersebut.  Tetapi sebaik saja pas tersebut tamat, ia akan berfungsi seperti kad ez-link biasa dengan wang yang ada akan dipotong dari kad tersebut.

Jika anda kurang yakin dan mengesyaki bahawa wang yang dikodkan pada kad tersebut mungkin telah dipotong secara salah semasa pas anda masih sah, anda boleh menghubungi mana-mana Pejabat Tiket atau Agen Jualan yang Sah bagi mendapatkan pertolongan.
Q18) Bolehkah saya menyimpan kad tersebut?
A18)

Jika anda memilih untuk menyimpan kad tersebut, anda akan kehilangan deposit sewa kad bersama dengan sebarang baki nilai pada kad tersebut yang mungkin telah dikodkan padanya.  Sebagai alternatif, anda juga boleh mengurangkan nilai tersimpan kad tersebut.

Q19) Di manakah saya boleh memulangkan kad tersebut bagi pengembalian wang deposit penyewaan kad? 
A19)

Mulai 12hb Disember – anda boleh mengembalikan kad tersebut ke mana-mana Pejabat Tiket TransitLink yang terletak di stesen-stesen MRT berikut:

Pejabat Tiket TransitLink yang Ditetapkan di Stesen-stesen MRT berikut dari 12hb Disember -:

Pejabat Tiket Waktu Operasi
Changi Airport* 12:00 pm - 03.45 pm
& 04.45pm - 07.30 pm Setiap hari
Orchard 10:00 am - 09:00 pm Setiap hari
Chinatown* 12:00 pm - 03:45 pm
& 04:45pm - 07:00 pm Setiap hari
City Hall 09:00 am - 03:45pm
& 04:45 pm - 07:30 pm Setiap hari
Raffles Place 08:00 am - 09:00 pm pada hari Biasa.
08:00 am - 05:00 pm pada Sabtu.
Tutup pada hari Ahad dan Cuti Umum. 
Ang Mo Kio 08:00 am - 09:00pm pada hari Biasa dan Sabtu.
09:00 am - 09:00 pm pada Hari Ahad dan Cuti Umum.
HarbourFront* 12:00 pm - 03:45 pm
& 04:45 pm - 07:30 pm Setiap hari
Bugis 10:00 am - 09:00 pm Setiap hari

Sila ambil perhatian mengenai waktu operasi setiap kaunter jualan yang sah.

Orchard 0930-2045 jam Setiap Hari
Changi Airport Terminal 1, 2 & 3 1130-2300 jam Setiap Hari

Q20) Mestikah saya kembalikan kad di tempat yang sama saya mengambilnya?
A20)

Tidak

Q21) Bagaimana jika saya tidak memulangkan kad pada waktunya?
A21)

Anda mempunyai 5 hari kalendar untuk memulangkan kad tersebut.  Jika ia tidak dipulangkan pada hari ke 5, deposit penyewaan kad akan dirampas.  Sila ambil perhatian waktu-waktu operasi di S19.

Q22) Adakah terdapat sebarang pakej untuk keluarga?
A22) Tiada pakej untuk keluarga.
Q23) Adakah terdapat kadar konsesi bagi kanak-kanak atau warga emas?
A23)

Tiada kadar konsesi bagi kanak-kanak atau warga emas.

Q24) Adakah terdapat nombor yang boleh saya hubungi sekiranya saya memerlukan arah?
A24)

Jika anda memerlukan bantuan berhubung dengan penggunaan pengangkutan awam atau nasihat mengenai cara untuk ke destinasi tertentu, sila hubungi Hotline TransitLink 1800 225 5663.

Q25) Bolehkah saya menyimpan dan menggunakannya apabila saya datang semula ke Singapura?
A25) Ya.  Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa Pas Pelancong Singapura adalah berdasarkan ‘skim sewa kad’ (S9) untuk mengurangkan kos pengguna.

Setiap kad mempunyai hayat selama 5 tahun dari tarikh ia mula dikeluarkan.  Walaupun pas anda diberi kod baru untuk kegunaan anda, anda mungkin memegang kad yang telah disewa beberapa kali sebelum ini.

Sebelum berlepas, adalah penting untuk memeriksa tarikh tamat sebenar kad anda di mana-mana Mesin Tiket Umum (GTM) atau Mesin Tambah Nilai (AVM).  Selepas kad tersebut tamat, ia tidak boleh digunakan sebagai kad ez-link biasa.  Sekembalinya anda ke Singapura, dan jika kad anda masih boleh digunakan, sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh menggunakan kad tersebut sebagai kad ez-link biasa dan tidak boleh dikodkan sebagai pas lain.
Q26) Adakah terdapat satu nombor yang boleh saya hubungi sekiranya saya memerlukan maklumat lanjut mengenai tarikan-tarikan pelancong – waktu operasi, yuran masuk, dsb.?
A26)

Anda boleh menghubungi hotline STB 1800 736 2000

Q27) Siapakah yang boleh saya hubungi sekiranya saya mempunyai masalah atau maklum balas berhubung dengan Pas tersebut? 
A27)

Anda boleh memberi maklum balas anda melalui e-mel kepada info@singaporetouristcard.com

Atau hanya dengan menghubungi +(65) 6223 2282 Isnin hingga Jumaat, pada waktu pejabat.

 
*Terms and Conditions HomeTop
home